Tuesday 13 December 2016

Agacia 'English Town' Kampar, Perak

Salam dari Senaling,

Tempat ni tiada dalam itinerary, tapi Incik Ayah asyik sebut-sebut. Pantang aku orang sebut-sebut, zassss ja aku Google, aku Waze dan kebetulan tempat ni memang dalam laluan ke Kellie's Castle. Yeehuuu 😀

For info, Agacia ni sebenarnya sebuah kawasan perumahan beserta deretan rumah kedai yang sedang dalam pembangunan. Belum siap sepenuhnya. Kawasan rumah kedainya yang berkonsepkan English Town. Sangat-sangat cantik tuk berphotoshoot. Photoshoot semata-mata ya; tiada yang lain. Jangan over estimate, da siap bagitau awal-awal!

Antara sebahagian dari rumah kedai berkonsepkan English Town. Opppsss memang banyak hanjing di situ masa kami datang tapi durang okay je.
 
Kafe yang sedang menunggu penyewa. Kalau perasan kat lantai tu siap ada bintang-bintang ala Hollywood wuuuu. Nama dan autograf celebrity ja lom ada.

Pondok phone ni memang da jadi viral. Rasanya la.

Disebabkan kami pergi pun adhoc, gerimis mengundang maka kami hanya sempat explore kawasan selebihnya naik kereta. Dalam tiga blok deretan rumah kedai, design kedai memang rare seketul-seketul.

Ada design macam istana Walt Disney, ada abang besi ada macam-macam. Dapat feel macam kat Europe tapi sebenarnya di Kampar Perak je 😁. Kalau u alls species kreatif amik pic dari pelbagai angle. Hasilnya mesti lebih daebak!
 
Pada siapa yang berminat nak explore Perak, bolehlah masuk tempat ni dalam itinerary. Ia berdekatan dengan sebuah universiti tak berani nak sebut nama takut salah heee. Waze aje keyword 'agacia'. Insha allah ketemu.
 
Habis posing di Agacia cer kome try lajak ke Kellie's Castle... Besttttttt 👍.
 
Cantik!
 
 
Baca tentang Kellies Castle di sini
 
Happy Exploring! Bye.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Boleh ke saya nak minta izin untuk guna gambar pertama di post ni sebagai rujukan dalam komik saya? Mulanya saya hanya buat rujukan suka-suka, tapi nampak cantik pula jadi saya nak masukkan terus ke dalam komik saya.
    Saya lukis komik ni untuk pertandingan, jadi saya tak nak ada masalah copyright. Kalau puan tak izinkan, saya tak akan guna. Tapi kalau sudi, saya berterima kasih sangat2.

    ReplyDelete