Sunday 25 September 2016

Menara Condong Teluk Intan

Salam dari Senaling,

Aku menetap di Teluk Intan, Perak hampir 23 tahun. Baru tahun ni aku mengunjungi Menara Condong Teluk Intan. Tempat-tempat sepertinya di negeri atau negara lain habis aku terjah. Di daerah sendiri baru cuti Aidiladha hari tu. Derhakakah aku?
 
Untuk cover rasa bersalah, aku mengunjunginya dengan memakai baju kebangsaan Malaysia. Boleh?
 
Menara Condong Teluk Intan, sudah diwartakan menjadi Warisan Kebangsaan rupanya kome weiii. Ate mike baghu tau.
 
Panjat menara pakai baju kebangsaan? Hei no problem. Kami semangat sukan... Haha
 
Pemandangan pekan Teluk Intan dari atas menara. Sudah banyak perubahan dan pembangunan. Pokedex pun merata di pekan ni yang main pokemon go pasti faham. Mihmih
 
Berpanas pun kami sanggup. Nak tunjuk yang aku bukan lagi rakyat derhaka. No more...
 
Tiada bayaran pun nak naik menara ni. Hanya tulis nama atas buku. Mudah bukan? Marilah lawati dan hargailah warisan tempatan. Lepas tu leh la pekena mee rebus dan cendol tersohor di Teluk Intan. Lokasi depan pasaraya The Store. Nama kedai hakak tak ingat walau pun kedai tersebut juga sudah bertapak di pekan ini hampir dua dekad.
 
Tak ingat nama kedai makan bukan dalam kategori derhaka kan? Hehe
 
Bye loves... :)

No comments:

Post a Comment