Wednesday 18 May 2016

Telaga Tujuh, Langkawi 2016

Salam dari Senaling,
Jam 1 pagi sampai Pilah, jam 12 tengahari update trip. Wow, aku dah berubah. :)
 
Alhamdulillah, selamat sampai ke Kuala Pilah walau pun aku tertidur 1 saat masa drive; sampai masuk jalan bertentangan. Bila teringat balik saat itu, aku insaf. Lepas insaf aku ngeri. Lepas ngeri aku ngilu. Seperti terlepas dari ambang maut. Macam tu lebih kurang aku rasa. Panjang lagi umurku untuk buat kebaikan atas muka bumi milik Allah ni.
 
Sebelum aku sambung trip happy-happy di Langkawi; ada baiknya aku berpesan-pesan pada diri sendiri dan rakan budiman. Tak perlu rushing nak ke mana-mana kalau mengantuk. Sekelip mata ja, macam-macam boleh jadi. Pendekkan cerita. Berhenti dan tidurlah dulu. Kalau perlu sewa hotel sewalah. Hargai nyawa dan insan-insan yang anda sayang. Serius aku ngilu. 
 
Dah, back to main point.

Happiness. ^_^
 
Telaga Tujuh ialah satu tempat yang wajib dikunjungi setiap kali ke Langkawi. Aku sukakan suasananya walaupun kena mendaki sebanyak...

638 anak tangga
 
Pada sesiapa yang bawa ibu dan ayah tercinta, leh bajet-bajetlah macam mana ya. Kalau parents species Majulah Sukan Untuk Negara, aku rasa tada hal nak menapak ke sini. Aku terpaksa tinggalkan mak aku di hotel, berehat. Mula tu dia macam nak ikut. Tapi last minute tak jadi. Mungkin penat sebab berjaga dari jam 1 pagi.
 
 
Eh, ada new attraction lah kat sini. Aku tak tau apa namanya sebab tiada sign board. Aku namakan ia Hanging Glass Bridge ikut citarasa aku memandai-mandai. Last pergi tahun 2014, bridge ni takde pun. Mungkin siap tahun 2015 atau tahun 2016.
 
Di hujung bridge tu ada glass see through ke bawah. Takdelah setinggi di Sky Bridge tapi aku jadi gayat plak.
 
Dalam banyak-banyak 'telaga'. Telaga ni yang paling heaven berendam. Air dia tak cetek tak dalam. Just nice nak celup kepala. Siap ada mountain view. Boleh nampak skycab turun naik dari sini. Airnya sejuk dan segar.
 
Tapi be careful sebab ada beberapa 'telaga' yang sangat dalam. Boleh nampak warna airnya gelap.
 
Toilet ada disediakan untuk menukar pakaian. Kami dah set pakai baju kain jersey supaya cepat kering. Tak perlu tukar baju, on the way nak turun dah leh kering sikit walaupun bukan sepenuhnya. Species inovatif memang camtu. Hehe
 
Cian mak kami, kali ni asyik kena tinggal di bilik hotel sebab kami memang berniat nak bercuti sungguh dan food hunting je. Selain Telaga Tujuh, kami banyak menghabiskan masa di tepi pantai dan swimming pool hotel. Maaf ya mak.
 
Tapi kannnnn... bila beliau berada di tempat shopping, beliau sungguh energetic. Lebih energetic dari kembar u alls. Hehe.
 
Daaaa... Tu aje. Bye!

No comments:

Post a Comment