Tuesday 3 May 2016

Koi Sekeluarga ke Temerloh Wehhh

Salam dari Senaling,

Cuti panjang tiga hari yang lepas sempat jugalah kami melajakkan diri ke Jengka 11 dan Padang Piol melawat saudara mara sebelah arwah abah. Kami biasa da pergi sini terutamanya cuti Aidiladha, cuma kali ni special sikit sebab bawa mak, Ida dan Wak Lan bersama.
 
Dari cuti Aidiladha hari tu diseru-seru dek Mak Long yang uzur. Nah, kami bawakan pengantin 'baru' khas demi permintaan orang tua. Huhu
 
Kebetulan kami sekeluarga memang tak plan nak ke mana-mana pun. Plan awal nak mereput di rumah je. Gewam ngan Incik Suami yang tak mahu ke mana-mana walhal Rumah Persekutuan Port Dickson kosong kot depan mata tinggal klik tempah je. Rupa-rupanya ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Sesungguhnya aturan Allah juga yang tepat, padat, jitu dan padu.

 
This time ke Pahang dapat terjah restoran tersohor di pekan Temerloh ~ Go Bang Maju pekena apa lagi kalau bukan ikan patin masak tempoyak. Wuhuuu. Sodap. Nampak tak akak bagi thumb up sipi-sipi tu. Selain patin, ada juga ikan bakar, keow teow goreng dan float keladi, bandung dan jagung. Letaknya di simpang traffic light yang bercabang-cabang bawah jambatan di pekan Temerloh. Hehe. Tak tau nama tempat. Leh describe kawasan setempat je.


Beginilah rupanya keadaan Sungai Temerloh musim El Nino kali ni. Kering. Ku fikir yang viral di media social tu di photoshop kan. Dahlah tak tengok berita, kurang membaca surat khabar (harap surat khabar kedai kopi Kak Nor tempat kami mengeteh ja). Dia tak langgan maka tak baca berita la aku.
 
Penuh orang. Kebetulan malam tu keluar Majalah 3 plak. Oh, durang mencari etok (sejenis makanan laut seakan-akan kerang) rupanya. Ingatkan suka-suka berkubang ala-ala water theme park.
 
Kembar dan Amni mati kutu duk Jengka sebab no wifi. Haha. Siap mengadu ke aku yang durang rasa bosan sebab tada wifi. Aku cakap, baguslah tiada wifi, boleh kita sembang-sembang. Kalau tidak semua hadap gajet tak habis-habis. Eh, pandai pulak senyum-senyum tanda faham lettew.
 
 
Ni paling epik. Pak Lang Padang Piol payungkan Miss Patin tuk kami bawa balik. Bukan setakat patin, tempoyak pun. Berdesup Pak Lang carikan tuk kami. Macam tu lah orang tua-tua kan? Happy betul bila saudara yang datang dari jauh sudi menjengah durang. Yang jauh tu mak, Ida dan Wak Lan lah. Kami kek Pilah je; tak jauh mana pun. Tapi dapat juga tapau seekor patin segar. Kihkih
 
Dah rezeki namanya. Alhamdulillah.
 
Tu aje cerita terkini kami sekeluarga. Cerita in between kita abadikan di Photobook je lah :)
 
Bye!

No comments:

Post a Comment