Thursday, 3 December 2015

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Salam dari Senaling,

Plan nak hiking Gunung Datuk memang dah lama. Lama sangat. Plan punya plan. Action is nehi hai. Tu sebab aku tak suka sangat nak plan beriya. Plan ja yang sempoi-sempoi, tahu-tahu ja...

Kami sekeluarga dah sampai puncak Gunung Datuk, Rembau N9

Ini ialah gunung pertama yang Incik Ayah, Amni dan kembar berjaya tawan. Macam tak percaya. Tapi ia menjadi kenyataan. Kembar request nak naik lagi tahun depan. Incik Ayah siap kata nak mendaki Gunung Datuk setiap minggu. Melampau pulak aku dengar impian suami ni. Heh.

Aku rasa aku tak perlu cerita panjang samada susah atau payahkah mendaki Gunung Datuk. Kalau kembar yang berusia 7 tahun boleh naik, kalau segerombolan adik-adik OKU boleh sampai ke puncak Gunung Datuk. Apatah lagi korang yang sado lagi sihat sejahtera. Kepantasan pendakian samada menyamai kelajuan cahaya, atau seperti menyensotnya siput vavi adalah tidak penting sama sekali. Janji sampai dan aku yakin semua orang boleh berjaya. Nah, bolehlah tepuk dada dan tanya diri sendiri sekarang. Mahu atau tidak?

Pendakian adalah sangat menyeronokkan buat Amni dan kembar. Kami sekeluarga sangat teruja dengan trail nya yang 75% berbatu. Tiada rengekan, tiada rungutan, tiada edisi poyo atau mencekodokkan diri berlaku. Itulah perkara yang aku paling takuti sebelum misi pendakian bermula. Dah standby emosi kalau-kalau kembar ajak turun. Level redha pun dah setup awal-awal pada peringkat paling tinggi. Syukur semuanya dipermudahkan-Nya. Lega.

Aku fikir Gunung Datuk ialah gunung biasa-biasa, sekadar popular di kalangan masyarakat tempatan. Meleset jauh sangkaanku itu. Buktinya, kami bertembung dengan para pendaki dari Singapura, India dan China di sini. Perghhhh... Mahsyur rupanya Gunung Datuk.

Cuma aku cadangkan, kalau nak pergi sini, sebaik-baiknya bertolaklah awal. Kat atas puncak agak crowded dengan para pendaki yang tak nak melepaskan peluang bergambar. Puncak berbatu agak sempit dan terhad untuk bergerak. Kami anggarkan masa paling ngam untuk mula mendaki ialah satu jam selepas masuknya waktu solat Subuh.

Bawalah makanan setidak-tidaknya roti coklat bodo-bodo ke puncak nun. Lapar terus bila sampai puncak Gunung Datuk. Percayalah. Air haruslah mencukupi untuk mengelakkan diri terhidrat. Bagi kami sekeluarga, cukup-cukup dua botol air mineral 1.5 liter dan dua botol 100Plus 600ml. Standby air mineral 1.5 liter lagi dalam kereta. Nak angkut semua macam tak cukup kudrat.

Tips paling penting kalau bawa budak-budak naik gunung ialah... Dapatkan khidmat malim gunung yang berwibawa.

Perkhidmatan massage termasuk dalam pakej. Muehehehe

Malim gunung ni aku dah booked sepanjang hayat, selagi pendakian keluarga di teruskan. Maaflah kalau korang dah mula verangan nak booked beliau. :)

Misi seterusnya, Gunung Angsi Insha Allah ^__^
Sekian.

1 comment: