Saturday 26 December 2015

Bukit Merah Lake Town Resort 2015

Salam dari Senaling,


Akhirnya sampai juga kami ke sini. Iklan tentang Bukit Merah Lake Town Resort ni boleh tahan juga meletopsnya. Dapat didengar acap kali di corong radio radio ja sebab TV tak berpeluang nak tengok :(  . Maka, jomlah kita pergi. Bolehlah aku wat review. Ye dak? 

Organizer Family Day tahun ni, memasukkan Bukit Merah Lake Town Resort dalam itenary nya. Weekdays. Wuuuu...Mesti tak ramai orang kan? Mimpi je mike ghupenya, ngam pulak Perak cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.


Maka pada hari yang sama, Bukit Merah Laketown Resort (pasni aku mention sebagai BMLR je la ye) wat promosi untuk Perakians. Apa maksudnya? Cer teka? Cer teka?

Orang raaaaamaiii... Kami menunggu nak dapatkan tiket masuk selama satu jam! Time amik pic, pandai pulak laki teman menyengih. Selebihnya? Memvevel. Orang ramai. Kaunter yang beroperasi hanya dua. Tak boleh beli secara online macam Sunway Lagoon. Mih mih mih. Sabo ye bang.

Tiket untuk kami sekeluarga berjumlah RM105. Laki teman oghang Perak. Jadi meghase la promosi di atas nun. Promosi cuti sekolah; jadi aku kena RM25, anak-anak RM20 seorang. Kalau bukan cuti sekolah, harganya lebih kurang RM40++ untuk akses kesemua kawasan di sini. Boleh rujuk sini untuk makluman lanjut k.


Untuk tidak menambahkan vevelan dari Incik Ayah, aku bawa anak-anak meneroka kawasan BMLTR.  Kawasan di sini sangat cantik. Kalau ada DSLR, mesti lagi unik gambar-gambar yang diabadikan. 

Selain tu, ada macam-macam leh buat selain merayau-rayau di sini. Boleh main dam, congkak, bergambar bajet instagram, tengok dan kacau ikan kelisa... Terisi jugalah masa kami sementara nak tunggu tiket nak masuk taman tema. Maka, penantian satu penyeksaan tu hanya untuk Incik Ayah je lah nampaknya. Hehe.

Tarikan utama di sini ialah taman tema air. Konsepnya lebih kurang sama macam taman tema air yang lain. Kena sewa loker. Kena sewa pelampung. Gelongsor air, air dan air. Tapi dengan bayaran yang agak murah, jangan sesekali bandingkan dengan taman tema yang lain. Terutamanya yang kena bayar lebih mahal. Mestilah bersebab kan? Yang penting kita cari yang best di sini.

Jom.

Kalau aku baca website durang http://www.bukitmerahresort.com.my/, memang macam-macam yang menarik disini. Di Water Park ja ada 14 aktiviti menarik yang boleh kita boleh try. Tapi masa aku datang (November 2015), Chair lift, Giant Wet Bubble, Water Speed Slide sedang dalam penyelenggaraan. Jadi kami cuba yang lain je. Bagi aku yang paling rare di sini ialah Boomerang.


Aku naik kali kedua bila aku tengok Amni leh ulang sampai 4 kali. Ku fikir kali kedua tu dah tak rasa apa... takde makna. Sama jer rasa gayat, rasa mual, rasa takut, rasa ngeri tu. Sama. Leh la cuba. Live your life gitu.


Macam biasa, budak-budak memang excited di sini. Abaikan bapak budak yang ter over excited tu.

Satu gi, untuk sesetengah aktiviti macam Body Slides, durang hanya benarkan baju swim tanpa zip dan seluar tanpa zip sahaja. Kalau pakai t-shirt biasa, memang tak merasalah. Untuk lelaki, kalau nak juga tapi takde baju proper, buka baju. Kalau wanita? Pinjam baju swim anak. Seperti aku... Huhu.

Tengahari, kami pilih makan di food court. Harga makanan masih boleh dipertimbangkan. Baru RM6 untuk nasi ayam (feveret kembar). Murah sekali ganda dari food court taman tema air yang kami pergi awal tahun ni. Bagi sesetengah orang mungkin mahal. Ikutlah kemampuan masing-masing. 

Setakat yang aku tengok, ramai ja yang bawa makanan dari rumah. Macam piknik kekdahnya. Tapi ada papan tanda kata taleh bawa. Susah nak wat review part ni. Kalau nak mudah, makan ja di food court. Sedap pun sedap. Senang pun senang. Harga pun okay apa.  Lagi-lagi kalau datang dari jauh macam kami sekeluarga.

Kalau datang hari Jumaat pun tadelah. Boleh keluar masuk taman tema air selagi belum sampai jam 6, asal jangan buka gelang. Surau tuk solat Jumaat pun dekat ja dari BMLTR. 

Untuk harga, kemudahan, makanan, kawasan...kami sekeluarga gembira dapat bertandang di sini. 
Tapi, kalau nak ulang datang dari Kuala Pilah semata-mata ke sini... Macam ta kot :')

Sekian saja entri untuk kisah sebulan yang lalu... Bye

Saturday 19 December 2015

Jadual Cuti Sekolah Yang Padat & Sendat

Salam dari Senaling,

Asalnya nak back date citer awal cuti sekolah hari tu, tetiba rasa malas lak. Tehehe
Mood nak citer sal semalam, sambil perasan yang kunun diri ini sangat istiqomah tuk update blog.
Puiiii... :P
 
6.00 pagi semalam aku dan Incik Ayah gerak ke Gemas untuk Jamboree Gomeh 2015. Bajet nak kayuh laju-laju. Bukan sebab nak naik podium. Bukan juga untuk pecahkan rekod kebangsaan apatah lagi rekod Olimpik.

 
Overall 463 (Incik Ayah) dan 464 (Puan Ibu) dari 1000 orang peserta. Laju ke tak laju kami kayuh tu? Jawapannya? Tak laju. Hehe. Ingat jam 10 dah sampai penamat. Sekali 11.30 daaa. Puan Ibu lettew yang kasi spoil plan. Rantai basikal jatuh la, paha cramp la... Incik Ayah siap kata dia tak rasa penat lansung Jamboree kali ni. Chaittt...
 
Nak sampai awal. Nak kayuh laju-laju. Sebabnya hanya satu. Untuk gembirakan anak-anak. Semua ibu ayah nak anak-anak gembira  kan? Termasuklah kami.

 
Inilah sebab utamanya. Nak pergi kenduri kawen Cikgu Ain. Cikgu Amni, Amin dan Iman. Aku siap pesan kat durang, sampai kenduri cari terus Cikgu Ain, salam ucap tahniah. Biar puas hati budak-budak ni. Kang kalau tak jumpa, jadi satu kes lain lak. Sekali tu, bukan sekadar salam, amik gambar terus di pelamin. Jarang kami sekeluarga wat perangai sweet cenggini.
 
Satu lagi perangai sweet yang jarang-jarang kami buat.
 
Hikmah besar jugalah gi Jamboree kaki cramp, rantai putus. Sampai lambat. Orang dah kurang. Hehe
 
Jam 2.30 petang rushing plak ke Paroi. Satu lagi kenduri kawen.
 
 
Ini kawan Puan Ibu dan Amni. Kami berkenalan melalui permainan online COC (Clash Of Clan). Perkenalkan ahli Puiii Clan dari kiri Hana, AmniDayini, izmg dan FB118. Puas nak terangkan pada Incik Ayah macam mana kami berkenalan. Haha. Ambillah point ni sebagai satu kebaikan bermain games online. Dapat kenalan baru.
 
Lepas lepak makan kat sini, kami gi Zuda Masri beli baju kain tudung sekolah Amni. Yeahhh... baju Amni tidak boleh didapati di mana-mana kecuali Zuda Masri. Warna rare memang susah lah nak jumpa jawabnya. Ikutkan kena beli kain ela dan jahit sendiri. Gulp. Untung ada Zuda Masri yang menyediakan pakaian siap untuk aku yang memang malasnyer nak beli tempah segala. Kerja nak senang ja aku ni. Terima kasih Zuda Masri. Aku tidak dibayar untuk mempromosikan Zuda Masri. Sekian.
 
Jam 4.15 petang. Dah alang-alang sampai Paroi, jomlah gi Palm Mall. Ayat baik-baik dan akhirnya Incik Ayah setuju. Huhu. Halangan terbesar untuk aku merealisasikan impianku berjaya ku tempuhi. 
 
 
Impianku nak belikan hadiah hari jadi Amni. Birthday November, Disember baru nak belikan hadiah. Mithali tak aku? Siap plan surprise di Toy R Us, Palm Mall. Habis staf-staf dia aku babitkan. Alhamdulillah ilham Allah nak bagi. Terus zupppp ja jadi. Terharu Amni. Aku lagi terharu. Dah bergenang air mata aku di Toy R Us masa aku peluk Amni dan ucapkan, "Ibu sayang Amni."
 
Sebagai penutup, aku belanja dorang di Baskin Robbins.
 
Tak sabar nak balik. Kaki badan dah start rasa sakit di sana sini. :'(
 
Dan hari ni aku jalan mengengkang. Kejung terus kaki balasan tak cukup warm up. Rasakan.
 
Macam nak tidur semula ja ni. Bye. ^__^

Thursday 3 December 2015

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Salam dari Senaling,

Plan nak hiking Gunung Datuk memang dah lama. Lama sangat. Plan punya plan. Action is nehi hai. Tu sebab aku tak suka sangat nak plan beriya. Plan ja yang sempoi-sempoi, tahu-tahu ja...

Kami sekeluarga dah sampai puncak Gunung Datuk, Rembau N9

Ini ialah gunung pertama yang Incik Ayah, Amni dan kembar berjaya tawan. Macam tak percaya. Tapi ia menjadi kenyataan. Kembar request nak naik lagi tahun depan. Incik Ayah siap kata nak mendaki Gunung Datuk setiap minggu. Melampau pulak aku dengar impian suami ni. Heh.

Aku rasa aku tak perlu cerita panjang samada susah atau payahkah mendaki Gunung Datuk. Kalau kembar yang berusia 7 tahun boleh naik, kalau segerombolan adik-adik OKU boleh sampai ke puncak Gunung Datuk. Apatah lagi korang yang sado lagi sihat sejahtera. Kepantasan pendakian samada menyamai kelajuan cahaya, atau seperti menyensotnya siput vavi adalah tidak penting sama sekali. Janji sampai dan aku yakin semua orang boleh berjaya. Nah, bolehlah tepuk dada dan tanya diri sendiri sekarang. Mahu atau tidak?

Pendakian adalah sangat menyeronokkan buat Amni dan kembar. Kami sekeluarga sangat teruja dengan trail nya yang 75% berbatu. Tiada rengekan, tiada rungutan, tiada edisi poyo atau mencekodokkan diri berlaku. Itulah perkara yang aku paling takuti sebelum misi pendakian bermula. Dah standby emosi kalau-kalau kembar ajak turun. Level redha pun dah setup awal-awal pada peringkat paling tinggi. Syukur semuanya dipermudahkan-Nya. Lega.

Aku fikir Gunung Datuk ialah gunung biasa-biasa, sekadar popular di kalangan masyarakat tempatan. Meleset jauh sangkaanku itu. Buktinya, kami bertembung dengan para pendaki dari Singapura, India dan China di sini. Perghhhh... Mahsyur rupanya Gunung Datuk.

Cuma aku cadangkan, kalau nak pergi sini, sebaik-baiknya bertolaklah awal. Kat atas puncak agak crowded dengan para pendaki yang tak nak melepaskan peluang bergambar. Puncak berbatu agak sempit dan terhad untuk bergerak. Kami anggarkan masa paling ngam untuk mula mendaki ialah satu jam selepas masuknya waktu solat Subuh.

Bawalah makanan setidak-tidaknya roti coklat bodo-bodo ke puncak nun. Lapar terus bila sampai puncak Gunung Datuk. Percayalah. Air haruslah mencukupi untuk mengelakkan diri terhidrat. Bagi kami sekeluarga, cukup-cukup dua botol air mineral 1.5 liter dan dua botol 100Plus 600ml. Standby air mineral 1.5 liter lagi dalam kereta. Nak angkut semua macam tak cukup kudrat.

Tips paling penting kalau bawa budak-budak naik gunung ialah... Dapatkan khidmat malim gunung yang berwibawa.

Perkhidmatan massage termasuk dalam pakej. Muehehehe

Malim gunung ni aku dah booked sepanjang hayat, selagi pendakian keluarga di teruskan. Maaflah kalau korang dah mula verangan nak booked beliau. :)

Misi seterusnya, Gunung Angsi Insha Allah ^__^
Sekian.