Monday 15 June 2015

Pulau Payar 2015

Salam dari Senaling,

Hari kedua di Langkawi memang standby tuk aktiviti pulau. Last year, Island Hopping...this year Pulau Payar? Kata ta nak ulang tempat yang sama, maka Pulau Payar lah kan?

Info paling best sal Pulau Payar ialah kosnya. Sebelum ke Langkawi, gagah aku gugel cari tawaran pakej yang paling murah ke Pulau Payar. Jumpa blog sorang brader ni, bulan Mei 2014, hampir setahun maka masih boleh diguna pakai.

Aku call, harga naik RM35, jadi RM120 tuk dewasa, dan RM100 tuk kanak-kanak. Aku simpan dulu harga ni. Cuba cari lagi kalau-kalau ada yang lebih murah.

Sehari sebelum fly, terjumpa blog cik adik manis bagitau dia dapat harga yang lebih murah dari blog brader tadi. Jangka masa sama, setahun. Jadi dalam perkiraan aku selepas kenaikan sepatutnya harganya lebih murah dari RM120 kan?

Aku pun call lah insan yang di mention dalam blog adik manis tadi. Selepas bagi salam dan memperkenalkan diri, aku tanya sal pakej Pulau Payar. Insan tersebut terus cakap, "Harga tuk dewasa RM140, harga tuk dewasa RM140, harga tuk dewasa RM140. Tu jangan percaya yang dalam Internet tu. Macam mana dia dapat harga tu pun.....pung pang pung pang...". Aku rasa mesti ramai yang dah call dia dan minta harga yang lebih kurang sama macam adik manis tu. Hehe.

Kesimpulan, setakat Mei 2015 harga RM120 tuk dewasa dan RM100 tuk kanak-kanak adalah yang paling murah. Di AB Travel Station di Pantai Chenang. Kedai dia warna merah putih, berhampiran dengan AB Hotel. Boleh booked sebelum kedai ni tutup jam 11.30 malam. Leh klik sini kalau nak tau sal AB Travel Station dan nombor tuk dihubungi.

Aku pilih tuk pergi sendiri, tak nak dijemput sebab nak merayau dulu ke Dataran Langkawi sebelum ke terminal. Lagi pun dah sewa keta kan. Kalau tidak kena bangun awal dan bertabah sebab van tu akan singgah-singgah nak amik pelanggan dari tempat lain.

Mesti singgah sini kalau ke Langkawi.

Kalau ikut van yang disediakan, tak merasa woo nak merayau cenggini

Masa yang diambil tuk sampai ke Pulau Payar ialah lebih kurang 1 jam. Sampai Payar, kami akan diangkut plak ngan pelantar teroleng-oleng ditarik oleh bot untuk sampai ke jeti pulau.

Teroleng-oleng tapi masih boleh capture pic.

Jeti Pulau Payar dan air laut yang crystal clear.

Cuma ombak laut hari ni agak kuat. Buat aku mabuk masa gi snorkeling. Mungkin salah teknik , mungkin makan pagi berat, mungkin juga aku nervous bila kaki dah start tak cecah lantai laut. Fobia tak habis lagi. Tahun 2003 aku pernah ke sini ngan grup IPDA. Perasaannya lain. Seingat aku, banyak landak laut dan timun laut masa aku snorkel.

Tapi kali ni, aku nampak ikan pelbagai warna. Tapi sayangnya termabuk la plak.

Budak ni ngan Encik Ayah yang puas snorkeling.

Follow tali ni patutnya tuk sampai ke tengah. Di tengah tu siap ada pelantar lagi.

 Bagusnya bila mabuk, aku stop snorkel dan temankan mak, layan ikan-ikan duk wat tawaf keliling mak.

Sambil layan kembar mandi laut. Masa aku snorkel, durang layan pasir tak sudah.

Info di Pulau Payar :-
#1 Pakej termasuk semua sekali. tiket feri, pengangkutan amik hantar ke hotel, alat snorkeling, dan packed lunch.
#2 Masa di Pulau Payar macam singkat. Jam 10 pagi sampai, jam 3 petang dah kena siap-siap. Jadi gunakan masa sebaiknya.
#3 Air di tandas ialah air laut. Sebaiknya bawalah mineral water tuk bilas badan. Anggaran satu mineral botol kecil tuk seorang.
#4 Surau disediakan.
#5 Toiletnya kemas tapi kurang bersih sebab aku percaya sistem pengairannya disalurkann ke laut. Jadi sebarang detergen adalah dilarang kerana akan menganggu batu karang dan hidupan lautnya.
#6 Pintu toilet banyak dah rosak. Jadi pejam je lah mata kalau nampak apa-apa yang sewaktu dengannya.

Baby Shark pun ada.

Ada ke Amni gi tanya soalan cepu emas masa kami kat laut, "Anak shark ni ada, mana mak nya?". Ish mulut. Terus aku teringat filem Jaws. Cis.

Sekian dan Bye!

8 comments:

  1. bestnyeeeee..teringin nk pegi..

    ReplyDelete
  2. wajib pergi :) dalam negara kita pun banyak tempat cantik!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam... puas saya cari tak jumpa nombornya. maaf. tapi leh walk in ja ke AB Travel di Pantai Chenang. Kedai warna merah putih. tepi jalan. mesti nampak, insha allah.

    ReplyDelete
  5. contact no AB Travel Pantai Chenang : 04 9551037 (2018))

    ReplyDelete