Friday 15 May 2015

Sunway Lagoon 2015

Salam dari Senaling,

Secara kebetulan, secara kebetulan ke? Hehe.

Secara kebetulan jugak aku nak taip, aku berbengkel di Kinrara Golf Resort dan ngam habis 4 Mei 2015. Kebetulan lagi aku terkebetulan gi Sunway Lagoon website dan nampak promo ni...


Leh klik sini tuk baca bacaan lebih lanjut.

RM40 tiket masuk. Wowww...Tengok tarikh 5 May. Wowww lagi... Jadi memang sah trip ni adalah kebetulan kan? Senyum sebab bukan mudah nak dapat kebetulan seperti ini. Rezeki kali. Tapi itulah. Hari Selasa. Maaf cikgu... Saya bawa anak-anak saya belajar di luar bilik darjah hari ini. TQ cikgu. ^___^

Tiket masuk Sunway Lagoon skang ialah RM108 selepas 6% GST tuk dewasa. Kanak-kanak macam RM78. Yang tu aku tak pasti. Boleh google.

Last time aku gi pada tahun 2010 kalau tak silap. Menggila gi lepas skul hari Jumaat. Masa tu harga dia ta sampai RM50. Tapi ada pilihan nak masuk park mana satu. Harga RM 40 promo tu leh masuk sumer park. Scream Park, Amusement Park,, Wildlife Park, dan yang paling femes yang ada mainan cam Vuvuzela tu. Apa ke pulak nama park nya. Wet Park? Lebih kurang.

Dah, jom masuk Sunway Lagoon, jom.

Ngan maskot Sunway Lagoon. Kami siap pakai baju ready for swimming. Yeahhh...

Kami sampai jam 10 pagi. Memang timing Sunway Lagoon buka. Ikut perkiraan kami, Jam 3 kami akan bergerak pulang ke Pilah. Kita lihat nanti ya.

Hepi kamurang ya. Terutamanya Amni. 
Dialah yang asyik nyanyi-nyanyi kat telinga aku nak gi Sunway Lagoon... Nak gi Sunway Lagoon

Masuk je Sunway Lagoon aku akan naik Wagoon Wheel dulu. Reason? 

Aku akan rancang mana nak pergi dulu sambil tengok peta di Wagoon Wheel. Wagoon Wheel ni kan slow je geraknya. Sambil bincang dan plan, sambil tengok-tengok persekitaran. 

Meh la aku bagi tips ke Sunway Lagoon supaya perjalanan lebih mudah dan lancar.

#1 Gi load duit di wristband korang. RM 150 is just nice tuk 2 adult 3 children macam anak-anak aku ni. Aku load RM200 pun siap berbaki RM81.00

#2 Cari loker. Letak sumer baju kering, tuala dan selipar dalam loker. Bayaran tuk loker kecik RM22. Cukup jer letak barang walau kecik. Jimat maaa.

#3 Serbu terus Wetland. Terus queue tuk mainan gelongsor air yang aku tak ingat apa namanya. Yang aku ingat Vuvuzela ja. Aku perati ada 3 lagi mainan gelongsor air yang berada berdekatan ngan Vuvuzela. Kami sempat naik Vuvuzela sekali, yang guna pelampung adalah dalam 6 kali kami ulang dan sekali main gelongsor guna tikar. Masa kami ulang-ulang tu orang masih tak ramai. Tak lama jer lepas kami main gelongsor tikar tu. Pufffff... Orang beratur punya raaaaamaaaaiiii seperti magik.

Merah kuning tu ialah Vuvuzela. Pandangan dari Suspension Bridge.
 
Di Wetland, ini ja pic yang kami amik sendiri.
 
Selebihnya, hired photographer yang amikkan. Lepas capture pic durang akan bagi wristband. Kalau berminat nak beli leh tengok di photo booth. Satu pic berharga RM38.
 
#4 Siapa nak try aktiviti extreme macam Buggy Jumping, Flying Fox, ATV Ride, etc bolehlah mulakan dari Suspension Bridge. Tapi ada bayaran tambahan tuk aktiviti-aktiviti extreme.
 
Naik Suspension Bridge is free. So, no worries!
 
Jalan sampai hujung dan on the way akan jumpa aktiviti-aktiviti ekstrem ni, start with Buggy Jumping, Flying Fox, going downstairs - ATV ride, Paintball, and so on... Amni request for Flying Fox, but guess what? She is not qualify because under weight. Muehehehe...Save my pockets!
 
#5 Jam 1 petang ada tour tuk WildLife Park. Best juga ada guide, sebab masa tu lah haiwan-haiwan ni makan. Paling awesome tengok panther makan. Sebab dia panjat vertically batang kayu tuk dapatkan makanan.

Peacock nga show off masa ni di WildLife Park

#6 Jam 2 (Ngam habis tour WildLife Park), moleklah lunch. Lunch paling berbaloi ialah Nasi Lemak Ayam Rendang/ Nasi Ayam RM10.60 yang di jual di gerai berhampiran dengan eskalator. Gerai lain kami perati jual lebih mahal dari tu. Budak-budak kan cepat lapar main air ni, so makan nasi lebih berbaloi.

#7 Lepas makan pergilah tengok 5D Cinema WaterPlexx. Aku ingat macam plain jer movie  dia sebab kami pernah gi tengok yang 6D punya. Tapi rupanya, best woooo 5D Cinema Waterplexx ni. Orang beratur panjang ofkos. Kami tunggu 2 trip baru berpeluang nak masuk.

The World's First WaterPlexx 5D. Best
 
Free entry nak masuk WaterPlexx 5D. Di luar kalau nak tengok seumpama dengan ni, paling tidak Family Package kena dalam RM 60 ++ tak termasuk GST.  Pastikan ke sini kalau dah sampai Sunway Lagoon.

#8 Ngam jam 3 di kawasan air yang berpasir tu, akan ada ombak besar. Memang best tapi agak menakutkan jugalah bila En Ayah ajak gi arah kanan yang ombak dia lebih besar. Amni ngan En Ayah jer berani hadap berkali-kali. Aku ngan kembar sekali rasa ja cukup. Pastu kami cari kawasan yang hentaman ombak jer tahap biasa-biasa saja. Biasa-biasa pun tenggelam jugalah kami. Ombak besar tu akan ada sampai jam 3.30 petang.

#9 Surau ada di dua tempat, satu kat main entrance, satu lagi yang dekat kawasan air berpasir tu. Leh rujuk peta.
 
Seperti adik manis berbaju kuning ni, tak habis-habis ulangkaji peta.

#10 Aku cadangkan, pergi Amusement Park dan Scream Park selepas korang pergi semua taman tema yang lain. Kira second last is Scream Park, dan last sekali Amusement Park. Sebabnya, Amusement Park terletak di main entrance. Kecenderungan pelawat nak ke sana mula-mula masuk adalah sangat tinggi. Contoh paling dekat ialah aku dulu-dulu. Memang secara auto akan melencong ke Amusement Park. Kalau pergi lambat, masa tu orang dah tada. Jadi tak payah queue!

Kuda pusing-pusing ada di Amusement Park. Cian Amni, dia dah ta layak naik kuda ni.

#11 Ada baiknya bersiap-siap balik seawal jam 5, sebab kalau jam 6 (which is time for closing) memang penuh giler dalam toilet. Seperti kamilah yang keluar dari pool jam 6 petang. Amni sampai kena salin baju kat toilet lelaki. En Ayah tolong jagakan pintu toilet. Aku lebih rare, salin baju kat Sunway Pyramid sebab rushing nak ke kaunter di main entrance tuk refund duit dalam wristband. Kalau tak silap sampai jam 7 je kaunter buka.

Oh, awal-awal tadi aku ada bagitau yang kami plan nak bersiap keluar jam 3 kan? Memang tidaklah jawabnya. Itu pun ada banyak lagi tempat kami tak berkesempatan nak pergi dan tak sanggup nak buat. Jadi rancanglah baik-baik supaya berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Nilai yang dibayar termasuk 6% GST. Sebagai ingatan tulus ikhlas. Mana tau kalau-kalau  korang lupa...^___^

Daaaa...Bye korang!

Wednesday 13 May 2015

Sukan Tahunan SK Tunku Kurshiah

Salam dari Senaling,

Kalau nak tahulah, masa kelam kelibut berulang ke Melaka hantar kereta, siap poyo gi Zoo Melaka hari Sabtu. Hari Ahad pada minggu yang sama, ialah Sukan Tahunan SK Tunku Kurshiah.

Pada sesiapa yang follow blog ni (chettt macamlah ada follower setia), akan tahulah yang Amni ialah atlit di sekolah lamanya. Tiga tahun berturut-turut dia dapat pingat tuk 100m dan acara sewaktu dengannya. Jadi, pertama kali join sukan di sekolah baru, agak berdebar jugalah hatiku.

Aku bukannya berdebar apa, sedih pilu owh kalau tengok anak kecewa. Aku dah siap psiko Amni yang aku tak kisah apa nombor yang dia dapat (ni ayat klise aku masa dia nak sit for exam), janji dia usaha sebaik mungkin. Walhal dalam hati mengharap juga dia dapat pingat tak kisah apa warna.

Lagi-lagi adik dia pun dah Darjah Satu. Aku malas nak meleraikan adegan ejek mengejek nanti ni.

Lebih tercabar bila aku dapat tahu Amni, Amin dan Iman masuk semua acara balapan. 4 acara balapan tuk Amni dan 2 acara balapan tuk kembar. Tak sama rumah sukan pulak tu. Amin sorang-sorang rumah Hijau dan Amni Iman rumah biru. Acara provoke dah bermula awal. Dua ke tiga minggu sebelum Sukan Tahunan bermula lagi. Paling havoc masa dalam kereta menuju ke Stadium Sekolah Sukan N9, SMK Zaaba. Tekalah sapa provoke sapa. Puas aku suh stop.

Tak kacang rupanya mendidik anak-anak. Nak jaga perasaan durang. Nak bahagikan perhatian seadil-adilnya. Cabaran dia kadang-kadang menang lagi dari naik Kinabalu. Isu ni kecil ja kot, sukan sekolah. Fuuuhhhhh lap peluh kat dahi. Fikir-fikir apa nanti keputusan akhirnya.


Alhamdulillah dapat perak. Yang dapat emas rumah merah tu kecik molek ja. Tapi berdesup larinya.

 Amin pun dapat perak. Syukur.

Iman dapat emas.

"Syabas bete, syabas"...sambil tepuk tangan kat tepi muka. Hehe

Bagus bila sumer balik umah dengan pingat tuk acara perseorangan. Kembar tambah satu lagi pingat tuk acara pasukan. Amni ja dapat satu pingat, tapi nak wat macam mana. Acara berpasukan bergantung kepada orang lain. Syukur juga dapat pingat tuk kenang-kenangan.

Disebabkan Amni, Amin dan Iman cemerlang dan menunjukkan usaha yang terbaik. Jom ibu belanja makan Mc D di Ayer Keroh, Melaka. Ibu sentiasa mendoakan agar anak-anak ibu cemerlang dalam pelbagai lagi event yang mendatang kelak. Cemerlang dunia, cemerlang akhirat. Cemerlanglah selalu hendaknya Amni, Amin dan Iman, supaya nanti En. Ayah akan setuju selalu untuk bawa kita ke sini, ke sana, atau ke mana-mana pun.  

Yes! Yes! Yes! Muahahahahahaha (gelak jahat).
Tu aje. Bye korang ^___^

Sunday 10 May 2015

Zoo Melaka 2015

Salam dari Senaling,

Besar hikmahnya bila terpaksa melajakkan diri ke Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal. Syukur. Tersenyum-senyum aku update blog bila kenangkan betapa dekat rupanya Pilah dengan Melaka. Spesis kaki jalan macam aku ni, asal dapat akal nak berjalan-jalan dengan mudah pun dah cukup bahgia. Mihmih.

Zoo Melaka. Zoo Melaka lagi. Tahun 2011 dah pergi sekali. Amni Amin Iman pun dah pergi tuk trip kindergarden durang. Tahun 2015 kami pergi lagi.  Nak wat caner, kids easily attached with animals. Tapi ibu kids pun sama tolak campur darab bahagi pun sebenarnya happily attached with animals, or to be more specific - with nature.

Sampai Zoo terus carik surau sebab ngam masuk waktu Zuhur. Ada surau dalam Zoo, tapi kami gi surau di luar yang banyak gerai jual macam-macam tu.

Antara entiti yang menarik perhatian kami sekeluarga di salah satu gerai luar Zoo ni.

Menatang ni kalau tengok memang real. Berpusing-pusing menatang ni mengejar bola. Comel kiut ah. Aku tertanya-tanya jugalah, binatang apakah ini? Tokey kedai tah gi mana. Solat kot. Tanak membazir masa gamaknya, En. Ayah dengan yakin berkata, "Ini tupai laut". Perghhhh tahap keyakinan beliau hingga level maksima  sehingga aku percaya tanpa banyak soal. 

Jom masuk Zoo selepas tinguk haiwan pelik tadi dan bayar berapa eh? Aku tak ingat sebab perhatianku sebenarnya tertumpu kepada peta  Zoo fotostat yang adik kat kaunter tu bagi. Mula tu aku fikir... Peta? Perlukah? Jawapannya ialah PERLU. Pergi mana-mana memang kena tengok peta. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Tak yah bajet poyo walau pun tempat tu kau dah pergi setiap tahun. Kalau masuk setiap hari, mungkin ada pengecualian.

Peta banyak membantu untuk cari jalan, ofkos. Selain dari itu, ia juga sangat berguna untuk check list mana tempat dah pergi, mana yang belum. Supaya berbaloi dengan masa, tenaga dan duit yang dilaburkan. Atau lebih tepat, berbaloi dengan pengalaman yang anak-anak kita dapat. Secara seriusnya, TIPS #1 Gi vacation mesti cari peta dulu.

Zoo Melaka skang ada night safari, tapi tidaklah aku pergi yang itu. Mungkin next time boleh di pertimbangkan. Cumanya kali ni aku pergi, banyak tempat taleh nak masuk. Yang aku ingat, aviary burung, rumah reptilia dan beberapa tempat lagi. Ada juga beberapa tempat yang dalam proses penyelenggaraan. Sedih plak tengok sumer binatang-binatang ni. 

Dikurung tu satu hal. Tak dikurung tak merasalah pulak anak-anak kita nak tengok haiwan-haiwan secara live. Takan nak masuk hutan, live ngan harimau kumbang lak. Kan? Tapi bila tengok tempat haiwan-haiwan ni tak diselenggara dengan baik, sayu pulak hati. Bukan apa, sebab masa aku taip entri ni aku baru lepas gi Sunway Lagoon. Sunway Lagoon kan ada Wildlife Park. Kat Sunway Lagoon, proper sangat lah tempat haiwan-haiwan ni tinggal. 

Bila wat banding beza, mungkin berbalik pada rezeki...Mungkin.

Jangan cancel lak plan nak gi Zoo Melaka k. Sebab hanya 25% yang dalam selenggaraan. Selebihnya masih awesome. Anak-anak pun hepi bangat dapat tengok pertunjukan haiwan. Dapat bagi makan tebu pada gajah, dapat tengok tapir secara dekat. Geng-geng kakak tua kat pintu masuk pun kecoh sokmo.

Pertunjukan ni best. Anak-anak excited!




Lepas show, gi terus tempat gajah. Peta Zoo fotostat tu sangat membantu ketika ini.

Nak dapat tangkap pic gajah bersama-sama secara dekat, masa nilah. Kalau idak durang duk lepak nunnnnnnnn jauh kat hujung belakang sana. Makanan tuk gajah dikenakan sedikit bayaran. Yang pasti tak mahal sangat. Amni dan Amin je yang berani bagi gajah tu makan. Iman gi menyorok belakang ibu. 

With The King of The Jungle. Kami syak, singa ni dah tua sebab terketar-ketar dia nak cari port best tuk tido. Hehe

Real sangat lettew mengiau...Eh, mengaum.

Amin yang sibuk nak tengok tapir. Tah apa yang dia berkenan dengan tenuk ni, aku pun tatau. Dah dapat tengok cipan secara live, baru kurang bunyi.

 Aku ingat ini kancil, tapi bukan kancil rupanya. Kancil lebih comel saiznya.

Haiwan wajib tuk diziarahi. Mr/Mrs Giraffe. Selagi tak jumpa, sila jangan balik.

Last pic, bersama lembu ankole.

Satu gi...Kalau korang spesis cerewet part makanan, baik makan kenyang-kenyang sebelum masuk Zoo. Makanan dalam Zoo teda banyak pilihan. Dan masih ingat tak lagi pada menatang comel kiut yang aku citer di awal entri? Keluar dari Zoo, aku memang target nak tanya juga tokey kedai tu, apa nama sebenar "tupai laut" tersebut. 

Kami sampai kedai, tinguk besen "tupai laut". "Tupai laut" tu dah tak berpusing-pusing macam tengahari tadi. "Tupai laut" tu kini statik. Kami amat-amati. Sekali, dua, tiga kali tengok...rupa-rupanya ia hanyalah salah satu mainan berbulu. Cisss...macam mana kami semua leh tak perasan itu hanyalah mainan. Tapi respek pada inventor "tupai laut" tersebut, sebab memang real macam binatang betul.

Tanpa ku sedari, rupa-rupanya En. Ayah peminat tegar citer SpongeBob SquarePants. Aku syak dia minat ngan karakter ni...
Sandy...si "Tupai Laut"

Daaa. Bye korang!