Tuesday 9 July 2013

Penang Trip Lagi - Day 2

Salam Dari Jugra,

Meh sambung cerita kami ke Penang bulan Mei hari tu.

Hari kedua, tentatif program adalah ke Padang Kota, terus ke Batu Feringghi dan on the way kami akan ke Toy Museum. Jangan main-main, perjalanan ke Penang telah dirancang dengan begitu padu sekali. Siap google bagai. Aku kalau boleh tanak pergi ke tempat yang sama yang kami dah pergi masa tahun 2011- Bukit Bendera, Tokong Ular dan Pesta Pulau Pinang. Tak sangka rupa-rupanya Penang ada banyak tempat lagi tuk dijelajahi.

Check out jam 11 lebih dan perjalanan diteruskan ke Padang Kota dengan bantuan GPS. Sekarang aku lebih memahami GPS dan Maps Application bisu yang sedia ada dalam Note 1. Alhamdulillah, sampai Padang Kota seperti yang dirancang. Padang Kota merupakan tempat bersejarah, kubu Francis Light satu masa dahulu. Nak tau lebih-lebih silalah google ya, takut tersalah info lak nanti. 

Dalam Padang Kota tu ada macam-macam mende bersejarah. Contohnya, penjara, meriam dan macam-macam lagi. Melawat tempat bersejarah pada jam 12 tengahari tepat, perasaannya seperti seramlah juga. Aku sebenarnya bukanlah seorang penakut tegar. Tapi kepercayaan tentang makhluk-makhluk seni ni aku masih percaya. Menjampi jugalah apa-apa yang patut disini.


Selesai melawat dan bergambar sedikit sebanyak sepertinya untuk menghabiskan masa, kami pun menuju ke tempat seterusnya. Dekat ja. Nun kat situ tempat makannya. Mee sotong, coconut shake, dan pasembur Padang Kota kira agak femes la jugak. Sekali tu tutup. Hadoiiiii. Keciwa. Nak buat macam mana. Orang masih dalam mud mengundi. 

Perjalanan diteruskan ke Toy Museum. Berpusing jugaklah mencari bila rupa-rupanya Toy Museum tu dah berpindah lah pulak. Haiyeeee...Rugi masa wooo. Nasib ja dia berpindah ke Batu Maung, atas lagi dari Batu Feringghi. Kira baguslah jugak sebab kami memang nak pergi Batu Feringghi dan bermalam kat situ. Check in hotel dulu, tapau kepsi sebab kembar menyanyi-nyanyi nakkan kepsi dan barulah ke Batu Maung mencari Toy Museum tanpa GPS hokey!

Bersedia!

Bersedia untuk sesat dan memusing mencari. Hehe. Memang berpusing-pusing mencari. Berhenti dan tanya orang. Nasib tanya orang yang betul. Dia bagitau arah, tu pun masih tak jumpa dan akhirnya membawa kami ke Butterfly Farm. Buat kali ketiga masuk Butterfly Farm. Pertama di Cameron Highland, kedua di Kuala Lumpur dan sekarang di Pulau Pinang. Dan pengumuman sumer. So far, this is the best and organize Butterfly Farm antara ketiga-tiga yang tersebut di atas. Ta rugi pergi dengan bayaran yang bukan calang-calang, the highest price compare to others. Tapi takan rugi.

Syok kat sini. Jemputlah datang Butterfly Farm, Penang.

Kemudian barulah bergerak ke Toy Museum yang lokasinya leh tahan mencabar. Dekat dengan sekolah cina jenis kebangsaan yang aku dah ta ingat namanya. Ada baiknya bertanyalah dengan orang tempatan tentang lokasi yang tepat. Bayaran masuk standard bayaran masuk ke mana-mana tempat tarikan pelancong di Malaysia. Untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak, harga tiket dalam RM70 ++. Okaylah tu. Bukan hari-hari nak pergi. Sebulan sekali pun tak tentu lagi.

Apa yang aku boleh kata tentang Toy Museum ialah, tempat ini unik dan best untuk dilawati. Segala macam toy ada dalam ni. Bagi aku mungkin lebih best jika karikatur tersebut tidak diletakkan dalam bekas. Lebih live dan real kalau nak bergambar bersama-sama. #bajetnakhugkungfupandadankaptenjacksparrow.

Mesti sampai Toy Museum kalu dah pergi area Batu Feringghi. Takan  menyesal punya.
#kalaumenyesaljugakjangancariaku

Puas ke tak puas dalam Toy Muzeum, mau tak mau kami kena jugak keluar dari situ sebab memang dah masa untuk keluar. Balik bilik hotel yang kecik, terus laju-laju gi pantai Batu Feringghi. Dah nak senja pun, so kami main kejap ja tuk memuaskan hati dan memenuhkan tentatif program pada hari itu.


Malam tu cari pasar malam yang kekunun ada dekat di sekitar hotel. Tapi tak ketemu. Rupa-rupanya pasar malam tu ialah kedai-kedai di sepanjang jalan, tapi banyak kedai tak dibuka sebab mereka memilih untuk mengundi. Hehe.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a Comment