Sunday 30 June 2013

Sukan Tahunan SK Jugra 2013

Salam dari Jugra,

Hari ni sukan tahunan SK Jugra la weiiii. Excitednya aku nak update sebab ini kisah hari ini tau! Wah! Terasa diri begitu berharga. Tahun lepas aku terlepas nak pergi ke acara sukan sekolah Amni. Tah ke mana aku pergi pun aku tak ingat. Sepertinya aku tiada di bumi Jugra. Mungkin berkursus? Mungkinkah? Ahhh tak ingat sungguh sebab setahu aku, aku adalah jenis yang akan hadir ke mana-mana majlis yang ada penglibatan Amni. Melainkan waktu bekerja macam Munawwarah dan Pertandingan Bercerita Sains hari tu. Ke mana ye aku?

Abaikan.

Sukan tahunan sekarang tak macam dulu. Kalau dulu ada acara olahraga je, sekarang sudah ada acara sukaneka. Siapa punya idea. Punyalah bagus. Bagus untuk pelajar-pelajar yang tak dilahirkan sebagai atlet. Bolehlah juga dorang turut serta dalam sukan tahunan. Memeriahkan suasana dan menghabiskan duit mak bapak beli macam-macam di gerai yang terdapat di situ. Tapi aku perasan, macam aku lak yang excited beli macam-macam. Cendol sawit la, sengkuang Old Time la...Eh, keghairahan aku menghabiskan duit tu adalah melebih-lebih daripada kembar yang hanya minta Milo. Jadi, kalau macam kes aku, kiranya seperti menghabiskan duit sendiri.

Amni masuk dua acara sukaneka dan dua acara olahraga. Tak tau apakah acara sukaneka yang Amni masuk sebab aku bajet nak tengok acara balapan je. Agaklah juga nak stay dari pagi sampai petang kat SK Jugra. Sapa nak kemas rumah sapu sampah mop lantai sidai kain basuh kain weh? Jadi hidup haruslah wasatiah kan Ustaz Nadir? Tak pasal-pasal nama ustaz Amni masuk dalam ini cerita. Ah dia bukan tau pun aku ada blog. Hehe.

Nak nak sangat tengok acara balapan sebab Amni mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas. Nak rasa bangga sekejap je dalam 7.5 minit bila tengok anakanda lari pecut dapat Johan. Acara 4x50 aku tak nak mengharap sangat sebab ini kerja berkumpulan. Tapi mengharap jugalah Amni dapat dua pingat tahun ni.

Dan Johan jatuh kepada adik Nur Amni Dayini dari rumah Biru 
#tepuktangankuatkuat

4x100m dapat pingat perak. Tahniah Amni!
# mudrajinbuatwatermark

Di rumah :
Amni : Pingat kita ada...satu, dua, tiga, empat... Pingat ibu ada satu, dua, tiga...Kita menang
Ibu : Okay...Nanti ibu carik pingat tuk samakan dengan Amni #manaakunakcekaupingatlagini

Encik Lutfi, acara pegawai KAKOM saya volunteer tuk take part.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a Comment