Sunday 12 May 2013

Life Update Episod 1

Salam dari Jugra, 

Banyaknya citer yang di peram sampai tak tau mana nak citer dulu. Jadinya cerita ikut gambar dalam tepon la kot. Kita mula dengan cerita Hari Keusahawanan SK Jugra. Kira first time kot sekolah Amni adakan Hari Keusahawanan. Setau aku Hari Keusahawanan tidak akan diadakan setiap tahun macam Hari Sukan. Penat woooo Hari Keusahawanan. Yang menjual lebih penat dari yang membeli walau untung juta-juta....rupiah. Hiks.

Eh, okay to the main point. Aku rasa sebulan sebelum Hari Keusahawanan Amni dah kecoh nak pergi Rumah Hantu, nak pergi Super Doopa (masa tu tak terbayang apakah rupa game itu) nak beli Nasi Lemak Cikgu apa ke namanya. Aku pun dah tak ingat. Kepoh juga nak RM30 nak beli kupon. RM10 untuk dia, RM10 untuk Amin dan RM10 untuk Iman. Ikutkan aje. Mewah ke tak mewah anak-anak skang. Aku dulu...haram nak dapat duit untuk mende-mende lagha cenggini. Aku ingat aku bagi yang tersikit. Sekali tu kawan-kawanku rupanya bagi lagi sikit. Takpelah, niat bershopping sambil menderma.

Amni kecoh nak pergi 8.30 pagi ke sekolah. Padahal gerai-gerai stat jualan jam 9.00 pagi. Aku lengah-lengahkan sampai 9.30 baru gerak ke sekolah. Sekali tengok mak haiiiiii ramainya manusia sudah. Udahlah Amni memuncungkan mulutnya, kalau aku sangkut beg sekolah dia kira tak jatuhlah beg tu. Bersalahlah juga rasanya sebab geng-geng dia dah sampai awal. Terus guna duit beli breakfast, beli air. 

Ingat nak memancing ikan, panjangnya orang beratur. Naik pulak rumah hantu, aduiiiiii berhantu sungguh rumah hantu sampai orang beratur punyalah panjanggggggggggggggggg...Gi Super Doopa pun ramai orang. Haish. Dah pening dah aku. Lastnya beratur la jugak di Super Doopa. Menunggu dalam 30 minit barulah dapat masuk. Pengsan (aku tipu)

 Sila kira berapa panjangkah muncung Nur Amni Dayini pada gambar di atas?

Inilah Super Doopa!!! Weeee~~~

Memancing time awal-awal dapat gak ikan. 
Time skang ni...ikan sumer dah kenyang. Sorang pun tak dapat naikkan ikan.

Seram tengok ramainyer yang beratur nak masuk Rumah Hantu. 
Lebih seram dari masuk dalam Rumah Hantu itu sendiri.

Untung besar yang niaga hari ni rasanya.

Tuju-tuju lagu pun leh wat niaga. By Cikgu Ibrahim.

Moral Cerita :
1. Biarkan anak-anak kita gi Hari Keusahawanan dengan geng-geng dia sebab dia akan rasa excited dan tidak kebosanan menunggu. Sebab sambil menunggu, dorang leh bergossip.

2. Hantarlah anak-anak kita seawal mungkin. 8.30 pagi tu sebenarnya okay dah. Nak berkumpul lagi. Nak tunggu geng-geng lagi.

3. Pesan kat anak-anak supaya menghabiskan kupon seawal mungkin. Sebab biasanya kupon banyak lagi barang dah habis bila menjangkau jam 1 atau 2 petang.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!