Sunday 30 December 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Salam dari Jugra,

Cuti sekolah dah nak berakhir. Amni akan masuk Darjah3 dan Amin+Iman akan start tadika di PASTI. Hohohooiiii...dah besar dah u alls. Terasa cepat ja masa berlalu.

Sepanjang cuti sekolah ni, yang banyak aktiviti ialah ai. Bersambung-sambung dari akhir bulan November melarat sampai Disember. Kesian kat Amni, besday dia 20 November memang tak disambut la jawabnya. Just keluar makan-makan itupun selepas satu minggu. Sampai Amni sendiri bagitau, napalah besday dia ta di celebrate. Itu pun gagahkan juga wat potong-potong kek masa kenduri Mak Andak dorang 8 Disember. Nampaknya birthday kembar ta disambutlah ya tahun 2013. Bagi adil dan saksama. Yes jimat belanja. Hehe.

 Masa pilih kek Amni request sugar doll. Ok lah Amni sugar doll. Tiba-tiba kembar pun nak. Tu sebab ada sampai 3 sugar doll. Yang kuning ni patutnya Pikachu tapi teka apakah gerangan nya kejadian yang terjadi pada Pikachu itu?

Amni dan sekalian sepupu. Happy Birthday sayang.
Ibu loves Amni so much.

Amni dan Pak Andak

 Secara tak sengaja ke Giant Telok Panglima Garang dan tetiba ada plak GameZone gitu. Masuklah bagi hati ini 3 budak hepi. Dah lah cuti  sekolah ni tak gi mana-mana tempat pelancongan pun. Sorilah sayang-sayang sekalian. Cuti Ibu dah habis. Lagi satu ai memang malas nak pergi tempat pelancongan time cuti sekolah sebab ai ta suka tempat sesak. Nasiblah anak-anak dapat Ibu fesyen ta nak sesak.

Dorang nak layan kusi urut pun ai layankan. Walaupun bahagian kepala dan kaki seperti ta payah gerak pun ta pa kot.

Alah apa ke terbalik pulak ni. Malas aka sebenarnya ta tau nak pusingkan. Ini aktiviti cuti sekolah yang paling tipikal untuk budak-budak ni. Ai bukan nak highlight aktiviti tu pun sebenarnya. Ai nak highlight kan lukisan tu jer. Kreatif dan comel ja lukisan Amni ni kan?

Haih ta faham betul. Yang patut melintang jadi menegak. Yang menegak jadi melintang. Gasaklah. Oh, mural ni bukan Amni yang lukis. Tapi ai yang lukis. Haha. Ta pasal-pasal nak menyelit dalam entri ni kan?

Psssstttt saja nak highlight Amni pandai melukis sebab ikut genetik ai kot. Hehe dan lariiiiiiiiii.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday 17 December 2012

Posing Gaya Kembar

Salam dari Jugra,

Dalam gambar, kembar suka wat spoil gambar posing camni... 







 kreatif kan mereka? ikut genetik ibu dorang la tewww...
bergaya macam ni memang cool...hehe

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday 1 December 2012

Bibik

Salam dari Jugra,

Hujung minggu datang lagi bagi tahun 2012. Cepatnya masa berlalu bila dah masuk bulan Disember dah pun. Alhamdulillah, rasa gembira dengan apa yang dah dilalui. Gembira dengan anak-anak yang dah besar, gembira dengan perjalanan karier, gembira dengan hidup ini walaupun ada terselit kisah duka.

Lebih gembira dan bahagia bila dapat bibik baru. Dapat dua lagi tu. Alhamdullillah. Gaji pun bayar murah-murah ja. Makan pun tak banyak. Walaupun bibik ni tak lah cekap sangat macam bibik Dahlia yang boleh urus segalanya. Tapi tetap bersyukur.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Bibik-bibik ni leh tolong basuh pinggan jer. Gerenti berbau wangi punya pinggan mangkuk, bersih ta tentu lagi ya.

Apa senyum-senyum, wat keja...wat keja...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!