Monday 22 October 2012

Minuman Berkultur Save My Day

Salam Dari Jugra,

Citer masih lagi berkisar pada keracunan makanan memandangkan selepas kembar dan semakin baik, giliran Amni pula yang kena sampai tak pergi sekolah agama dan tak ambil periksa lah jawabnya. Terus contact ustazah dia minta dia re sit untuk paper Feqah hari ini.

Dan perasan sesuatu yang sangat penting kira macam langkah pertama yang perlu dititik beratkan pabila anak terkena keracunan ni. Bagi dia minum minuman berkultur seperti Yakult, Vitagen, Solivite atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Serius sangat berkesan. Bagi sikit-sikit, jangan sebotol terus. 

Untuk permulaan memang sangat gerenti budak-budak ni akan muntahkan semula, tapi yakinilah bahawa yang dia muntahkan itu ialah bakteria-bakteria bedebah yang sudah mati di side kick oleh antara berjuta-juta bakteria baik dalam minuman berkultur tu.

Itulah citer yang aku reka tuk Amni, sebab biasalah budak-budak ni akan fobia untuk makan atau minum dan setakat ni cerita itu dipercayai. Dan Amni pun semakin pulih walaupun ponteng sekolah pagi hari ni.

Harap-harapnya informasi ni membantu kita-kita as a parent. Selamat beramal.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a Comment