Sunday 28 October 2012

Makan Malam

Pada suatu malam, saya pergi ke Damansara Utama bersama ayah, ibu dan adik-adik saya. Saya pergi ke sebuah restoran. Restoran itu bertanda Restoran Marche. 

gambar sumbangan ehsan google

Di situ ada banyak makanan. Tapi air kat situ bukan main sikit. Memang tak patut kan?

gambar sumbangan ehsan google

Tapi makanan kat situ memang sedap. Cuba kalau awak semua rasa, memang terpikat punya.
I Love Restoran Mache. (sebutannya Mar - K)

Sekian saja untuk malam ini. Terima kasih google untuk gambar-gambar di atas. Ibu tak tangkap lansung gambar-gambar dalam retoran tu sebab ibu asyik bersembang dengan kawan-kawan ibu aje. Tapi tadi ibu kata gambar yang ibu sendiri capture ibu kata akan upload esok.



Yang benar,
Nur Amni Dayini

Monday 22 October 2012

Minuman Berkultur Save My Day

Salam Dari Jugra,

Citer masih lagi berkisar pada keracunan makanan memandangkan selepas kembar dan semakin baik, giliran Amni pula yang kena sampai tak pergi sekolah agama dan tak ambil periksa lah jawabnya. Terus contact ustazah dia minta dia re sit untuk paper Feqah hari ini.

Dan perasan sesuatu yang sangat penting kira macam langkah pertama yang perlu dititik beratkan pabila anak terkena keracunan ni. Bagi dia minum minuman berkultur seperti Yakult, Vitagen, Solivite atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Serius sangat berkesan. Bagi sikit-sikit, jangan sebotol terus. 

Untuk permulaan memang sangat gerenti budak-budak ni akan muntahkan semula, tapi yakinilah bahawa yang dia muntahkan itu ialah bakteria-bakteria bedebah yang sudah mati di side kick oleh antara berjuta-juta bakteria baik dalam minuman berkultur tu.

Itulah citer yang aku reka tuk Amni, sebab biasalah budak-budak ni akan fobia untuk makan atau minum dan setakat ni cerita itu dipercayai. Dan Amni pun semakin pulih walaupun ponteng sekolah pagi hari ni.

Harap-harapnya informasi ni membantu kita-kita as a parent. Selamat beramal.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday 21 October 2012

Bila Anak Keracunan Makanan

Salam dari Jugra, 

Mulai jam 1 pagi malam tadi, Amin muntah. Habis segala apa yang dimakan malam tu kuar. Aku ingatkan sebab dia memang ter over makan. Siyes kembar yang abang ni memang agak kuat makan. So, lap apa yang patut. Sambung tidur. Tak lama pastu muntah lagi dan lagi dan lagi. Bersambung la pulak dengan Iman. Muntah sampai abis uda apa yang ada kat dalam perut dia. Nil. Zero. Kosong, kosong ongggg. Minum sket gerenti muntah balik. 

Aku dah leh tau pa rasanya masa dari perut dia tarik tuk kuarkan isi dalam perut yang memang dah takda apa tu sebab aku pernah rasa memandangkan aku bekas pesakit gastrik. Huhhh memang sakit. Bila dorang wat-wat muka dan cakap "Cakit eyut". Aku dah tau dorang memang sangat-sangat sakit. Tapi apa yang boleh aku buat. Minum dorang ta nak lansung. Paling kuat pun aku urut-urut belakang kembar dengan minyak angin dan memang plan nak bawak dorang gi hospital selepas subuh ja sebab aku fikir ni mesti angin ni sebab kami-kami ni makan takda la pulak jadi apa-apa.

Pendek citer, gi hospital. Masuk ja bilik doktor, doktor baca laporan yang kami bagi kat staf bilik triage. Terus doktor cakap. "Malam tadi makan di luar kan?". "Fuhhhh, terer arr doktor tahap Tok Nujum", bisik aku dalam hati. Pastu aku iyakan ja lah sebab memang betul pun. So, doktor sahkan yang kembar kena keracunan makanan sebab keracunan makanan ni tak semestinya sumer akan kena. Bergantung kepada individu. Dan bila aku telefon kawan-kawan yang turut join malam tadi pun, sumernya OK. Cuma kembar ja yang kena. 

Jadinya, antara perkara yang kita-kita as a parent perlu tahu tentang keracunan makanan ialah :-

1. Rupanya muntah-muntah bagus sebab berfungsi untuk mengeluarkan semua bakteria bedebah dalam usus si pemuntah. Jadinya ubat tahan muntah tak perlu. Selama ni bila aku gi klinik swasta mesti dorang akan bagi ubat tahan muntah.

2. Hati kering adalah perlu kepada ibu bapa yang anaknya kena keracunan. Hati kering, sebab kau memang kena biarkan dorang muntahkan sumer walaupun hakikatnya apa pun dah ta da dalam perut dorang tu. Kesian wehhh. Tapi nak buat macam mana kan? Aku? Siap sidai kain kemas rumah basuh pinggan bagai sambil nyanyi-nyanyi lagu 'Mengapa Dirindu' lagi. Life must goes on beb.

3. Kasih sayang, perhatian dan manjakan dorang @ sokongan moral. Memandangkan dorang kecil lagi, so peluklah dorang (selepas siap sidai baju) bagitau yang dorang kuat. Cakap yang baik-baik ja seperti, "Tak pa muntahkan ja, nanti mesti baik", atau " Pandai abang" (sebab bila nak muntah dia akan amik bekas yang disediakan dan muntah sendiri time aku ta da wat keja lain. Siap muntah, lap sendiri mulut guna tuala) "Minum sikit-sikit, nanti cepat baik". Janganlah asyik cakap "Ciannya anak ibu", "Ya Allah, kesiannya". Kesian ja memanjang. Masa ni lah nak uji tahap buat ayat Bahasa Melayu kita baiii. 

4. Sila sediakan segala macam air yang sedap-sedap sebab doktor suruh bagi air sikit-sikit. Sepatutnya air garam tu lah. Tapiiiii, apa cer air garam? Takan di minum punyalah. Ngak sodap lansung. Jadi sediakan Vitagen/Yakult/Solivite atau apa-apa seumpama dengannya, 100 Plus yang gas nya dibuang atau apa saja jenis air. Tapi elakkan susu sebab itu akan menyebabkan keloyaan.

5. Makanan pulak, bubur adalah terbaik atau apa-apa soft food. Tapi kembar tak makan bubur. Jadinya standby roti bakar, Mister Potato, dan biskut Tiger. Kalau banyak pilihan lagi bagus sebab lambat laun dorang akan rasa lapar. Biar orang sendiri pilih nak makan apa. Paksa-paksa kang lansung dia ta nak makan lagi haru.

Mungkin banyak lagi persediaan tapi setakat pengalaman aku ialah seperti yang di catatkan di atas ja. Dan setakat ini kembar semakin baik. Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah sebab jadinya pada malam minggu yang soknya tak kerja. Allah jualah pengatur yang terbaik.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday 19 October 2012

Bahasa Budak Pelat

Salam dari Jugra,

Fuiyooo...pertama kali hapdate dr nfon. Perasan cool la plak. Hehe. Lantaklah kan? Untuk pengetahuan sumer, kembar still pelat. Tapi macam sweet la pulak bila dengar segala bahasa pelat ni.

Dialog rutin tak jemu-jemu nak tanya time nak g TASKA:

Amin : Ibu keje?
Ibu : Ibu keja.Ayah keja.Kakak skolah.Adik kna gi manaaaaa?
Amin : Gi umah oyang.
Ibu : Jom siap-siap. Nak ikut ibu ke nak ikut ayah?
Amin : Nak ikut ayah naik toto.
Iman : Nak ikut ibu. Tak toleh ikut ayah.
Ibu : Amin ikut ayah. Iman ikut ibu.
Amin : Ibuuuu...nak kuyat.
Ibu : Iman nak kuyat jugak tak?
Iman : Iman nak kuyat. Cikit ja ya. (Gaya macam order kat kedai mamak)
Ibu : OK

.
 
Dua Budak Pelat Tapi Encem Mehhhh...KuiKui

Kandungan Kamus Bahasa Pelat:
(limited edition)

oyang = orang
toto = motor
tak toleh = tak boleh
kuyat = susu coklat
cikit = sikit

Thesaurus :
(limited edition jugak)
umah oyang = TASKA

Moral citer :
Sumer mende akan nampak indah jika kita sentiasa berfikir positif.

Tulis entri dari nfon memang perasan cool. P.E.R.A.S.A.N jer ya. Ulang lagi sekali P.E.R.A.S.A.N ja cool. Hakikatnya...(bersambungperasanmacamorangnaktunggulahsangat)

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday 17 October 2012

Hari TASKA Mereka

Salam dari Jugra,

Peristiwa ni berlaku pada 29 September 2012. Tapi aku baru nak publish hari ni. Biasalah, itu ialah trademark ku. Kalu hot from the oven, pasti bukan aku. Baik korang stop baca blog ni kalau entri-entri nya asyik terkini memanjang. Lebih misteri kalau future story dah di publish. Memang mistik.

Pada hari kejadian, aku just menonong-nonong ja datang. Ingatkan ada pertandingan mewarna untuk Amni, Amin dan Iman. Sekali aku datang, tengok, "Eh, da ada pemenang tuk pertandingan mewarna?"...Maka tersangat frust lah Amni siap merajuk-rajuk. Tapi happy story tuk twin sebab dorang dapat tempat pertama dan kedua.

Tapi konpius aku bila yang dapat tempat pertama tu ialah Iman. Eh? Setahu aku yang macam pandai mewarna melukis ialah Amin. Siap tanya kembar gi, "Ni siapa kaler?" Memang dorang mengaku itu kepunyaan masing-masing. Whateverlah anak. Janji dapat hadiah dan hadiah tu pun sama jewwww

Sang Juara haruslah menjulang kejuaraan kan?
.

Close up sket hasil kerja kembar

Pastu ada persembahan, budak-budak lain dah pakat-pakat nangis secara berirama dan berjemaah. Amin dan Iman, cool chillex ja. Tapi bila sampai atas pentas, Iman lari, Amin lak...

Meraung seiring dengan irama lagu.
Amni jadi pengiring. Jadi ubat merajuk ta dapat bertanding mewarna.
Ya, pengiring menjalankan tugas dengan jayanya.Syabas sayang.
Tada motif nak letak pic. Tapi letak jugak sebab aku perasan ia unik.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!