Thursday 19 July 2012

Hujung Minggu Mereka

Salam dari Jugra

Citernya minggu lepas dan nak masuk pun minggu yang baru...tapi sibuklah kunun. Lagipun azam berazam untuk update blog once a week. Ta kata pun citer mesti fresh dari ladang. Hikhik.(alasan baik punya)

Okaylah, masuk isi penting, yang atas tu kira pendahuluan. Cuti hujung minggu biasanya malas nak keluar. Lepak rumah - mengemas. Hobi mengemas adalah sangat best. Ta perlu modal, perlukan tenaga - makanya berpeluang membakar kalori nasi lemak, karipap, roti canai, mee goreng, cok keria, cok badak yang kita makan pagi tadi. Banyaknya makan.Eh?

Budak-budak lak, bukak mata jer...

Menonton, ditonton, pra tonton...

Senang betul hidup anak-anak zaman ni. Seingat aku dulu baya amni tu dah kena jaga adik. Dahlah hiburan zaman tu ada kat luar rumah je. Bila nak main, wajib bawa adik sekali. Haish. No wonder tangan adik aku nombor empat patah dibuat aku. Plus aku penah jatuh dia dengan kepala menghentam simen dulu ala-ala terjun papan anjal 7m. Ngeri. Nasib baik dah jadi pensyarah sekarang. Kalau jadi bodoh, mesti aku rasa bersalah ya amat. Hehe

Eh, melalut lak. Back to the point.

Amni dah cakap siang-siang bagitau yang dia ikhlas membantu aku memasak jew. Yang lain malas ta nak buat melainkan kena permainan psikologi dengan ibunya sendiri. Jadi, untuk tidak memanjangkan kemalasan anak dara sorang ni, maka ambil inisiatif tuk masak kek batik memandangkan biskut marie - kembar memang ta nak makan. Ada lebihan biskut marie dari tin biskut yang ada biskut campur2 tu.


Tukang kacau bahan - Nur Amni Dayini

Kembar?

Lepak macam bos besar depan TV...


Tengok Ultraman Max!

nasib kembar khusyuk tengok TV...kalau idak kacauuuuu...

TuAjeLahKali.Bye.



No comments:

Post a Comment