Friday 25 March 2011

Kalau Jimat Macam Ni... Ibu leh Jadi Kaya!

Minggu ni Kakak Amni mula masuk sekolah baru. Risau gak Ibu sebab Amni baru darjah satu, baru lagi kat sekolah ni. Nasib baik gak ada twin Najlaa+Najwa yang akan jadi ala2 tourist guide tuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Jadi ibu rasa lega sikit. 

Setiap hari Ibu akan bagi duit poket RM3 tuk belanja di sekolah kebangsaan + sekolah agama. Hari pertama gi sekolah, tanya Amni wat beli apa? Dier kata beli biskut. Pastu cakap Najla ke Najwa yang belikan. Ibu pikir... Alamak, ta kan Amni pau duit kembar tu? Cek dompet die... ada RM2. Oooo.. guna duit sendiri. Lega Ibu!

Hari Selasa, Rabu dan Khamis.Duit Kakak Amni maintain RM3. Ta luak lansung! Bila tanya makan pe? Makan fun fries la, makan nuget la, biskut la... Tapiiiiii nape duit ta luak ni? Siasat punya siasat.. Jawapan Kakak Amni...

"Amni memang nak beli itu dan ini tapi kawan Amni yang bayarkan....."
Ibu : Alahai Kakak Amni weiii... Sapala kawan Amni yang murah hati tu....? Jangan parent dorang bising uda la...

Sudahnya hari Jumaat, Ibu bekalkan Amni dengan sandwich. Habis cite!

No comments:

Post a Comment